Wednesday 3 August 2016

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP

DIRI , KELUARGA , MASYARAKAT DAN NEGARA.
Nama:YEE WEN JING
No.Pendaftaran:02DEE15F2003

 3.1 Tanggungjawab kepada diri sendiri
Tanggungjawab terhadap diri sendiri menuntut kesadaran setiap orang untuk memenuhi kewajibannya sendiri dalam mengembangkan kepribadian sebagai manusia pribadi. Dengan demikian bisa memecahkan masalah-masalah kemanusian mengenai dirinya sendiri. Selain itu, Tanggungjawab   juga terhadap diri sendiri merujuk kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan mwlaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 

3.1.2 Hubungan dengan tuhan
Manusia sebagai hamciptaan Tuhan,hendaklah memastikan diri sendiri melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.Tuhan tidak menciptakan manusia kecuali untuk menyembah dan beribadah kepadanya. Pelbagai cara atau jalan bagi setiap manusia agar terus menjaga hubungan dengan tuhan .
3.1.2 Maruah  diri
Setiap individu mestilah menjaga maruah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat,imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik serta melahirkan masyarakat yang senjahtera dan bersatu padu.Antara cara untuk menjaga maruah diri ialah berpakaian  menutup Aurat, tidak ketat dan tidak jarang.selain itu,kita juga perlulah sentiasa berpakaian kemas dan bersih.Selain pemakaian yang sopan,kelakuan kita pun akan memusnahkan imej kita. 
3.1.3 Kesihatan diri
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.   Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.  Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
  Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,  kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.   Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.   Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.  Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
3.1.4 Ilmu
Ilmu merujuk kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertururkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu amat penting kerana ilmu dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban dunia.  Manusia bertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat memajukan diri sendiri , seterusnya keluarga ,masyarakat dan negara.
3.2 Tanggungjawab terhadap keluarga

Tanggungjawab ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya untuk memastikan keluarganya bahagia dan juga menjaga imej serta maruah keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia,setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing.Bapa,ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas.
3.2.1Hormat kepada Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan.
3.2.2 Pupuk Hubungan yang baik dalam keluarga
Kecanggihan teknologi menjadi salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini terbukti apabila melihat keasyikan anak muda terhadap gajet masing masing. Oleh itu, tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesame keluarga perlu diberikan perhatian.
3.2.3 Jaga Nama Baik Keluarga
Tanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat. Menjaga nama baik keluarga tentu merupakan hal yang penting. Orang tua yang sudah dengan susah payah membesarkan kita tentu berharap bahwa anaknya akan berhasil menjadi orang yang berguna. Betapa bangganya orang tua jika anak-anaknya mampu hidup dengan baik dan benar di masyarakat, menjadi anak yang berbakti pada orang tuanya, mereka akan merasa bahwa jerih payah mereka tidak sia-sia. 
3.2.4 Beri Kasih sayang
Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
3.3 Tanggungjawab terhadap Masyarakat

Setiap manusia harus mempunyai rasa tanggung jawab, dimana rasa tanggung jawab itu harus disesuaikan dengan apa yang telah kita lakukan.Arti dari tanggung jawab menurut kamus bahasa indonesia adalah keadaan wajib menanggung segala sesuatunya. Sehingga bertanggung jawab menurut kamus umum bahasa indonesia adalah berkewajiban memikul,menanggung segala sesuatunya,dan menanggung segala akibatnya.
3.3.1 Menghulurkan Bantuan
Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita . Segala perkara tentang diri, ahli keluarga , harta benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu , masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan ketika ditimpa bencara atau musibah seperti kebakaran, kecurian , kemalangan dan kematian. 
3.3.2 Menjaga Keharmonian
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di Negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan menbentuk masyarakat yang bersatu padu idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B.Tun Abd. Razak tentang slogan “1Malaysia” telah membawa Negara kita kea rah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarat majmuk yang tinggal di Negara Malaysia.
3.3.3 Menjaga Kebajikan
Masyarakat yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain suadah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja.Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesame sendiri.
3.3.4 Amalan Bertegur  Sapa dan Kunjung-Mengunjungi
Amalan bertegur sapa sesame manusia merupakan titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mersa dalam kalangan masyarakat. Sikap suka bertanya khabar boleh mewujudkan silaturahim yang baik dengan masyarakat sekeliling. Menerusi amalan bertegur sapa ,hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesame sendiri.
3.4 Tanggungjawab terhadap Negara

Tanggungjawab sudah menjadi bagian dari kehidupan manusia sejak lahir tetapi setiap orang memiliki tanggung jawab yang berbeda-beda, Tanggung jawab adalah kesadaran manusia akan tingkah laku atau perbuatan yang disengaja maupun yang tidak di sengaja. Tanggung jawab juga berarti berbuat sebagai perwujudan kesadaran akan kewajiban.
3.4.1 Mempertahankan Negara
Kedaulatan adalah suatu hak eksklusif untuk menguasai suatu wilayah pemerintahan, masyarakat, atau atas diri sendiri terdapat penganut dalam dua teori yaitu berdasarkan pemberian dari Tuhan atau Masyarakat. Dalam hukum konstitusi dan internasional, konsep kedaulatan terkait dengan suatu pemerintahan yang memiliki kendali penuh urusan dalam negerinya sendiri dalam suatu wilayah atau batas teritorial atau geografisnya, dan dalam konteks tertentu terkait dengan berbagai organisasi atau lembaga yang memiliki yurisdiksi hukum sendiri.
3.4.2 Amalan Prinsip Rukun Negara
Rukun Negara merupakan sebuah ideology kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Rukun Negara menggariskan lima prinsip utama yang perlu dipegang oleh seluruh masyarakat Malaysia, iaitu:
 a) Kepercayaan kepada Tuhan
 b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 c)Keluhuran Perlembagaan
 d)Kedaulatan Undang-undang
 e) Kesopanan dan Kesusilaan

3.4.3 Semangat Kekitaan untuk Mengekalkan Perpaduan
Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu , melayu ,cina , india dan sebagainya .Setiap individu yang tinggal dalam masyarakat hendaklah mempunyai semangat kekitaan. Melalui semangat kekitaan, kehidupan dapat dimanfaatkan dengan lebih bermakna lagi. Kehidupan masyarakat akan lebih aman dan tenteram apabila semangat ini dapat diwujudkan pada setiap masa. Perpaduan bangsa dapat dilakukan melalui bahasa.
3.4.4 Patuh kepada Undang-undang
Masyarakat inginkan satu kehidupan yang teratur dan beperaturan. Dalam konteks negara, undang-undang dan peraturan dibuat oleh pihak berwajib untuk mewujudkan masyarakat aman. Pun begitu, sudahkah memadai dengan ada undang-undang maka ia dapat menyelesaikan, menyusun kehidupan masyarakat dan mampu menyelesaikan kemelut ummah?. Jawapannya tidak, walaupun dengan ada undang-undang sebaik mana pun, jika ia tidak dapat dipatuhi. Ini terbukti jika dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan yang mempunyai peraturan dan undang-undangnya.
Kesimpulan

Malaysia ialah sebuah Negara yang mengamalkan hubungan baik dengan Negara Negara di seluruh dunia. Jalinan yang baik dengan Negara luar menyebabkan Malaysia adalah antara Negara yang dikagumi dan dihormati oleh Negara lain. Terdapat pelbagai rukun Malyasia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan ,Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.Masyarakat Malaysia jika boleh menjalan dan mematuhi rukun Malaysia,Malaysia akan memaju dan meningkat imej. Kejayaan hubungan yang erat ini telah memberikan banyak faedah kepada Negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, alam sekitar, kemanan sejagat,pendidikan dan sebagainya.


1 comment:

  1. CASINO HOTEL, Tunica - Mapyro
    Find Casinos Nearby in 광주 출장샵 Robinsonville, 의왕 출장샵 MS Hotels. A Casino near you, the Casino at Harrah's Tunica 보령 출장마사지 Hotel and Casino in 포항 출장샵 Robinsonville will 과천 출장샵 offer

    ReplyDelete